Order oleh Mazleen dari Tanah Putih Pekan



tqvm from ole2 summer cake
&
Selamat Bertunang


**************************************************************************
*****************************************
RESEPI INTI DAGING
( resepi  dari badariah )

Bahan-bahan:
  • 1 cawan daging hancur
  • 6 biji kentang ( di potong dadu & basuhkan )
  • 2 ulas bawang merah besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 sudu besar serbuk kari daging 
  • 2 cawan air @ lebih
  • garam & gula sedikit
  • sedikit daun sup (di hiris )
  • sedikit minyak untuk menumis..
Caranya:
1-Kisar bawang merah,bawang putih,serbuk kari sampai hancur..
2-Tumiskan bahan tadi & sentiasa kacau , masak sehingga garing..
3-Masukkan kentang & daging hancur & air..kacau2 bagi rata..& tutup dengan tudung periuk..
    biar kan sampai empuk ya..sekali-sekala dikacau & biarkan ia kering..
4-Setelah masak..sejukkan...Mari kita buat kulit karipap pulak..


RESEPI KULIT KARIPAP



Bahan-bahannya :
  • 500gm tepung gandum
  • 400ml air putih dari peti sejuk di campurkan sedikit garam
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 2 sudu planta
  • 1 sudu shortening
Caranya:
1-Panaskan minyak masak & planta hingga mendidih..
2-Masukkan tepung dalam mangkuk & curahkan minyak panas tadi & sebatikan..
3-Masukkan air sambil di uli sampai doh sebati & x melekat di tangan..
   ( sekira melekat sambil uli ambil tepung sapu di tgn & campakkan dalam doh..uli sampai licin )
4-Rehatkan adunan selama 5 minit..
5-Bolehlah terap doh tadi...guna acuan karipap & masukkan inti...
6-Dah siap leh goreng...& sekiranya inginkan dijadikan frozen food..gorengkan ia sekejap saja...

                                                                     

Taaaraaaaaaa...Dah siap..jom pekena karipap daging dari Ole2 summer cake..
RESEPI PIZZA SEDAP & SIMPLE

(Resepi pizza sodap ni saya perolehi dalam laman web..nama tuan punya resepi ini saya terlupa catit..tapi saya masih mencari...harap di halalkan ya..& tqvm untuk resepi ini ya,anak2 saya suka sangat.."katanya x yah beli kat pizza hut lagi"...Meh kita layan resepinya...)

Bahan-bahannya:
280gm tepung gandum
15gm butter
1 sudu teh gula
1 sudu garam
1 sudu yis(mauripan)
180ml air suam
sedikit keju parut atas pizza


CARANYA:larutkan gula dalam air suam(biarkan hgga berbuih) cairkan butter...ayak tepung & masukan yis & butter...uli sampai licin & x melekatkan dijari...biarkan doh 40-50 minit(kembang 2 kali ganda)....kemudian uli semula & bahagi 2....canaikan menjadi leper&letak dlm dulang,cucuk2 dengan garpu.......masukan sos & parutkan keju & bakar dlm 20minit...

RESEPI SOS:
(tang sos nya resepi saya sendiri..tapi leh tahan juga..hihi)
3 biji bwg putih,1 biji bwg besar,sedikit daging hancur,isi ayam,4 sudu besar sos tomata & sos cili..nak pedas bubuh banyak2,sosej di potong2(klau suka bubuh nenas,lada,cendawan butang)
TUMIS SEMUA BAHAN & LEH LETAK ATAS PIZZA TADI... masuk dalam oven..

 SELAMAT MENCUBA...
DONUT SIMPLE


 
Bahan A:
  • 3 1/2 cawan tepung gandum
  • 3 sudu besar susu tepung (cilok hoq anak)
  • 3 sudu teh planta
  • 1 susu teh shortening
Bahan B:
  • 250ml air panas2 suam (tambah jika perlu)
  • 2 sudu teh yis
  • 2 sudu besar gula
-masukkan gula,gaulkan sampai hancur & masukkan yis
tutup dengan pinggan @ kain lembab
-biar ia naik & berbuih.
Caranya:
  • Masukkan semua bahan A dalam mangkuk...gaulkan menjadi seperti serbuk roti.
  • setelah bahan B naik berbuih,masukkan dalam adunan tepung tadi..gaulkan pelan2..kalau tangan melekit campakan tepung sedikit demi sedikit..uli sampai licin & lembut.
  • perap adunan,biar dia mengembang 2 kali ganda..
  • setelah naik,uli sekejap & terus terap dengan acuan donut.
  • biar naik jap & terus goreng dengan api yang sederhana..
  • setelah masak taburkan gula & hiasakan mengikut kreativiti anda.
SELAMAT MENCUBA....


Disini saja tunjukkan serba sedikit cara-cara saya membuat donut..so jempulah layan pic yg tak seberapa ni..

KUIH BAKAR PANDAN


BAHANNYA :

2 1/2 cawan tepung gandum
3 1/2 cawan santan ( santan kotak pun boleh )
2 cawan gula halus
5 biji telur
1/2 cawan air pandan @ 1 sudu teh pandan campurkan dgn 1/2 cwn air
pewarna hijau
sedikit bijan
1 sudu makan majerin.

CARANYA :

1-panaskan oven 170'...

2-Masukkan gula & telur dalam blender...kasi putar..sampai gula hancur saja.

3-Kemudian masukkan tepung & santan berselang - seli belender sekadar sebati.

4-Panaskan loyang & masukkan 1 sudu majerin..biarkan majerin cair..

5-Tapiskan adunan tadi & masukkan dalam loyang.

6-bakar 1 jam lebih..ikut oven masing2...nak garing,bakar lama2..

7-Masukkan bijan bila setengah waktu memasak..

TIP:Bakar pada api bawah 40 minit..selebihnya api atas & bawah..
SELAMAT MENCUBA..

CREAM PUFF


(Sumber dari:Bro Rozzan..TQVM kerana sudi share resepi ini & di halalkan ya..& maaf byk2 saya ada tambah sendiri bahan2 tertentu...)

Bahan-bahannya:
170 gm tepung gandum
115 gm mentega
1 sudu teh gula
1 sudu teh esen vanila
Sedikit garam
285 ml air
4 biji telur


Caranya:
1-Panaskan oven dgn suhu 180-200 darjah Celsius.
2-Ayak tepung & ketepikan
3-Masukkan mentega ke dalam periuk bersama air & esen vanila biar mendidih & tutup api.
4-Masukkan tepung, kacau rata-rata sehingga adunan licin dan tidak melekat pada periuk.
5-gaulkan bagi sebati & sejukkan
6-Kemudian masukkan telur satu persatu ke dalam adunan sambil terus pukul hingga adunan licin dan berkilat.
7-Masukkan adunan dalam forcing/piping bag dgn nozzle berbentuk bintang dan tekan untuk membuat bulatan2 kecil.
6-Bakar selama kira-kira 25-30 minit suhu 200” selebihnya 15 minit suhu 180”
9-Biarkan ia sejuk & gunting sedikit jangan sampai putus & isi kan inti.
NOTA:-Griskan Loyang supaya cream puff x melekat..

BAHAN INTI KASTAD:
500ml susu segar
80 gm tepung jagung
80 gm gula halus
1 sudu esen vanilla
2 biji telur


Caranya:
1-Campur semua bahan kecuali telur
2-masak dengan api yang sederhana …
3-bila mendidih ..cepat2 masukkan telur & gaul sebati…
4-bila dah sebati tutup api (jgn pekat..nnti keras & susah nak di paipkan melalui nozel)


SELAMAT MENCUBA.....

Kenangan yang terindah aku rasakan walau sedetik bersama teman tapi mesra.. mesra sangat2, hampir 2 1/2 tahun tak berjumpa...tq kak ina & family sudi meluangkan sedikit masa untuk aku sekeluarga... walaupun kedatangan mengejutkan, janji kak ina sampai ke teratak aku yang tak seberapa ini... rasa tak puas nak borak, nak bercerita, nak bermesra... al-maklumlah kaum ibu2 ni kalau berborak 1 jam mana cukup....tapi yang pasti sempat juga aku meluahkan perasan hati kecil aku ini..., terima kasih atas kata-kata semangat & perangsang serta dorongan dari kak Ina akan aku simpan & abadikan sampai bila2 untuk aku jadikan panduan bagi menjalani kehidupan sebagai seorang isteri & ibu disamping perniagaan bakery yang baru aku ceburi ini...
Sambil berborak dapatlah tangkap 2-3 keping gambar untuk dijadikan kenangan.. tatapan untuk PUAN SARBINA & TUAN HAJI NURIMAN serta FAMILY tqvm sudi datang ke teratak aku. Untuk kak Ina tersayang, insyaallah jika dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur, kita akan bersua lagi... (terasa sayu pulak time kak Ina nak balik.) Walau apa pun jutaan TERIMA KASIH yang tak terhingga untuk kak ina sekeluarga.....

 
Tgk tu dah besar anak bujang kak ina...sian masa datang umah cik diah Shafiq & Hakim tak sihat..tapi yg penting handsome..hihi.. cik diah doakan semoga cepat sembuh ya..

Hidangan istimewa yang yang tak seberapa dapat aku sediakan untuk kak ina sekeluarga...ingat nak buat nasi beriani.. tapi datang mengejut kenalah masak simple2...hihi..harap kak ina suka ya..jemput-jemput makan,jangan malu2..

Insyaallah,ada rezeki kita jumpa lagi ya..
UNTUK PUAN SARBINA & TUAN HAJI NURIMAN
TQVM





Puding Lapis Coklat

Bahan A:
3 sudu besar gula
2 sudu besar air
   (buat gula hangus)

Bahan B:
4 biji telur
1 tin susu cair
1 cawan air putih
5 sudu besar gula (nak manis tambah lagi)
1 sudu esen vanila
2 sudu besar tepung kastad

Bahan C:
2 sudu serbuk koko
2 sudu teh gula
1/2 sudu teh coklat emulco

Caranya:
1-blender telur sampai kembang..
2-Masukkan semua bahan B dan blender lagi sampai berbuih..
3-Tapiskan & bahagi 2 bahagian..
4-1 bahagian kosong & 1 bahagian (coklat) di tambah bahan C & sebatikan pakai whisk..
5-boleh tuang gula hangus pada acuan kegemaran anda..& masukkan gula hangus.
6-Kukuslah selapis (5-8 minit ) & berselang seli sampai habis..
    (sekiranya atas lapisan yg dikukus berair,lap terlebih dahulu dgn kain bersih)
7-Sejukkan puding sebelum di hidangkan..& terbalik kan puding ke dalam pinggan.
8-Masukkan dalam peti sejuk & dimakan terus..

Nota :Panaskan periuk kukusan sampai mendidih dengan air yg banyak...Sekiranya anda ingin mencuba resepi ini pakai loyang 7"...kalau pakai loyang senang puding ni nak keluar..bila saya pakai acuan ini,susah sikit pudingnya nak keluar,kena sisipkan dengan lidi..hihi...
          
  
SELAMAT MENCUBA....


Inilah hasilnya..siap sedia di hidangkan...

*****************************************************************
**************
                                                             
Di order Kak Nisa dari Lamir Pekan


tqvm from Badariah Delights
RESEPI KEK MINYAK MAKAN
(resepi keluarga)


Bahan-bahannya:

5 biji telur
1 cawan gula pasir
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
   ( ayak tepung gandum & baking powder)
1 cawan minyak masak @ minyak jagung
1 sudu teh ovellet (x letak ok jugak)

Caranya:
- Pukul telur & gula sehingga kembang ( 15minit)
- Masukkan esen vanila & ovellet..putar bagi sebati.
-Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit ( ratakan pakai senduk )
-Akhir sekali masukkan minyak makan & sebatikan.( pakai senduk )
-griskan loyang 8'..& lapik kan kertas minyak.
-Bakar suhu 170"-45 minit @ mengikut oven masing2.

SELAMAT MENCUBA...
AYAM MASAK KICAP SIMPLE


Bahan-bahannya:
7 ketul ayam (digoreng dahulu)
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
2 tangkai lada besar
   sedikit halia & 1 batang serai
   buah pelaga & bunga cengkih
2 sudu besar sos cili
3 sudu besar kicap
4 sudu besar air masak
   sedikit garam 

Caranya:
-Hiriskan bawang merah,bawang putih,lada besar,halia & serai.
-Panaskan minyak masukkan buah pelaga & bunga cengkih & masukkan bahan yg di hiris tadi.
-Tumis sampai naik bau & garing..masukkan sos,kicap & air.
-biarkan mendidih & masukkan garam secukup rasa.
-tutupkan api & masukkan ayam & kasi sebati..
-Boleh dihidangkan.
Di oder Liana dari Taman Mentiga Pekan


tqvm dari Badariah Delights
Buttercream 3

Sekiranya anda ingin resepi buttercream yang lebih terperinci & lengkap,anda boleh melayari Dapur Loveliana.., Untuk kak liana tqvm menjadi sifu " banyak saya adukan masalah tentang bab2 membaking melalui FB...walaupun tak pernah bersua...sesungguh kak liana sudi memberi tip-tip kepada saya....TQVM kak liana , jasa mu tetap saya kenang..
Buttercream 2


Bahannya:
100gm krimwell
280gm shortening
60gm gula aising
perasa & pewarna


Caranya:
1:Putar krimwell dalam 2 minit.
2:Masukkan shortening hingga gebu
3:Masukkan gula aising yg telah di ayak & putar hingga sebati
4:masukkan perasa & perwarna..


SELAMAT MENCUBA...
Resepi Buttercream ni saya perolehi dalam laman web..saya pernah juga try guna resepi ni..ok sangat-sangat..Di sini saya sertakan beberapa resepi untuk aising kek..
Buttercream 1
Bahan-bahan ( sebiji kek )
  • 250 gm shortening
  • 125 gm Krimwell
  • 125 gm @ 100 gm gula aising (kena ayak dulu supaya tak berketul2)
  • perisa & pewarna kegemaran
Cara-cara
-Pukul shortening & shortening hingga putih Ayak gula aising, masukkan ke dlm butter, pukul lg hingga  kembang dan putih. Suaikan warna & perisa utk hiasan kek.
-TIPS : pukul dengan kelajuan minima. makan masa sikit... insyaallah, icingnya anda akan senang di lepa & cantik
Menerima tempahan idible image untuk kanak-kanak,amat sesuai :
-Kek
-Cupcake



Pilihan terhad / stok image (sekiranya anda anda pilihan sendiri bagi tau awal2 ya..saya akan usahakan & sekiranya berminat sila buat tempahan seawal mungkin..

Pilihan edible image:
-Upin & ipin
-Spongebob
-Mickey & Minie Mouse
-Barbie
-Ben10



Order oleh Kak su dari Tanah Putih Pekan


tqvm from Badariah Delights

Order dari Kak Jawariah dari Ikm Tasya Pekan


Untuk meriakan kejayaan anaknya..Tahniah dari saya untuk kak sekeluarga.
&
tqvm from Badariah Delights

Feedback dari Jawariah :copy dari FB
 Bad..cheese kek ari tu mmg sedap....tq..ank2 akk mmg suka mkn...nanti akk nak order lg....


*************************************************************
*******************************
Order oleh Kak Nurul dari Taman Mentiga


tqvm from Badariah Delights
Order oleh Razman dari Taman Jambu Pekan


tqvm from Badariah Delights
Di oder Masyitah Ambak dari Kuantan


tqvm from Badariah Delights
Saat-saat yang terindah yang tak dapat dilupakan ketika menyambut besday anak2..sibuk mak nya mengalahkan nak buat kenduri...hehe..ikutkan nak gak buat makan2..tapi di sebabkan masa x mengizinkan,ayam KFC menjadi sasaran kitaorg..yg paling istimewa kek nya dari air tangan aku..mak aidil lah..sedap tau..cantik lagi..aku buat penat2 yg kejarnya ketika potong kek adalah kereta coklat..bertuah punya anak..hihi...tapi suka tgk gelagat masing2 berlumba2 tiup lilin..sampai bape kali lilin di pasang apinya...mehlah kita layan event yg tak seberapa ni...aper2 pun "SELAMAT HARI LAHIR AIDIL YG KE 2"...semoga menjadi anak yang soleh ya..tak mahu nagis2..jangan buat kakak..hihi..AYAH,EMAK,ABANG,KAKAK SAYANG AIDIL...I LOVE U.




Time ni masing-masing berebut nak tiup lilin...tak de can langsung kakak & abangnya nak tiup lilin...sabo je lah ya...



Wah!!2 sukanya aidil..dapat tiup lilin..asyik tiup lilin jer bila lah nak potong kek nyaaa..tak sabo mak nak makan kek yang mak buat tu....lapar ni..hihi..yang kat luar sana layan pic je lah ya...



Inilah KEK COKLAT MOIST yang aku buat kak khas untuk AIDIL..cantikkan..oklah kitaorg nak makan kek dulu..ko org cuci-cucilah mata kan sana ya...


KEK COKLAT MOIST KUKUS & BAKAR
lum mekap lagi...


Ini ole2 yg ku buatkan sempena besday aidil...




saja jer buat bagi jiran2..najwa & amirul tukang hantar..kasi upah lagi..hihi
kalau sesiapa yg berkenan silalah buat tempahan sekarang...sempat promosi lagi..hihi

APAM GULA HANGUS


APAM GULA HANGUS..
(resepi keluarga)
 
BAHANNYA:
  • 3 biji telur
  • 2 cawan gula
  • 1 cawan air
  • 1 cawan minyak jagung
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh bikarbonat

 
CARANYA:
  1. (Panaskan air kukusan)
  2. 1 cawan gula dijadikan gula hangus kemudian tambah 1 cawan air.
  3. Kisar 1 cawan gula,telur sampai 3 minit.
  4. Masukkan tepung gandum yg di ayak bersama bikarbonat dalam mangkuk & masukkan bahan yg dikisar tadi & gula hangus..
  5. Pukul pakai whisk
  6. Kukus dalam 15 minit @ hingga masak..
 
SELAMAT MENCUBA...