KEK MARBLE MINYAK MAKAN

Petang yang redup angin sepoi - sepoi meniup hembusannya masuk dalam rumah...terasa 1 rumah berbau semerbak keharuman kek marble minyak makan yang sedang di bakar...sewaktu membuat kek ni , rumah ku di kunjung saudara dari kuantan yang kebetulan mengambil anaknya yang bersekolah di Pekan....langkah kanan gamoknya , siap tapau bawa balik..hihi 


sebenarnya nama asal yang di berikan oleh arwah emak aku adalah kek minyak makan  & di gubah namanya oleh aku , sebab kali ni , aku buat bubuh banyak kaler..hihi....nak kasi meriah..ini je lah gambar kek yang dapat aku N3 kat sini..selebihnya dah masuk dalam perut & isi dalam tapawe untuk di berikan kepada saudara ku...siap suh tulis resepi , tak kuasa den...tulislan sendiri...hihi..sebelum ni resepi dah aku textkan dalam resepi kek....tapi tak pe , mood tgh rajin & akan ku sertakan di sini ya..sesiapa yg berminat jangan malu2 , jom lah try...


KEK MARBLE MINYAK MAKAN
( sumber : resepi keluarga )

Bahan-bahannya:


  • 5 biji telur
  • 1 cawan gula pasir
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  •  * ( ayak tepung gandum & baking powder)
  • 1 cawan minyak masak @ minyak jagung
  • 1 sudu teh ovellet (x letak ok jugak)
  • 1 sudu esen vanilla
  • Perwarna & paste kegemaran - pink - coklat - hijau
Caranya:

 - Pukul telur & gula sehingga kembang ( 15minit)

 - Masukkan esen vanila & ovellet..putar bagi sebati.

 - Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit ( ratakan pakai senduk )

 -Bahagikan kepada 3 bahagian & bubuh pewarna & paste..

 - griskan loyang 8'..& lapik kan kertas minyak.

 - Bakar suhu 170"-45 minit @ mengikut oven masing2.


**********************************

Tiada ulasan: